ehmmmm knp??why??pmpuan ni grm sgt nk jdi laki,,,xckop ke dgn ap yg ALLAH bg tu,,,dgn mcm2 anugerah ALLAH bg kt pompuan wahai pengkid,,sdrlah korg bahawa,,stiap yg ALLAH lakukan tu psti ad sbb trtntu,,ALLAH xkn mengsia-siakn kjadian nya,,,kjadian laki dan pompuan juga mmpunyai sbbnya trsendiri,,,hurmmm,,,mcm mn ekk mereka ni,,,,,,kte dgr cerita sebenar,,,
Dia menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pihak media yang selalu menyiarkan isu pengkid untuk tatapan semua pembaca. Dia mendakwa pengkid wujud kerana sikap lelaki juga selepas dikecewakan berkali-kali daripada segi zahir dan batin oleh lelaki.
Saya tidak bersetuju kalau jantina dilabelkan sebagai tidak setia atau sebaliknya kerana bagi saya kesetiaan, baik , bertanggungjawap bukan hak milik satu-satu jantina. Semua sikap baik atau buruk adalah diri sendiri tak kira dia lelaki atau perempuan.
Dia berharap jangan dipaksa mereka berubah kerana jika berkahwin pun mereka bakal menyiksa si lelaki yang menjadi suami mereka dan kerana itu dia mendakwa mereka boleh dikatakan menyelamatkan institusi keluarga . Ada seorang rakannya yang ingin berubah dan berkahwin tapi akhirnya rumah tangga mereka musnah kerana hati dan nalurinya bukan untuk lelaki.
Antara luahan hati seorang pengkid ini yang membuatkan saya terkedu patlima minit.
Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat. Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.
Ungkapan ini seolah-oleh membawa maksud dia rela berkorban kepada kita supaya kita beringat-ingat. Ungkapan ini seperti ” kubur aku aku punya pasallah…” Salah…ungkapan dan anggapan ini salah kerana dalam al-Quran jika dalam satu masyarakat berleluasa melakukan kegiatan yang dilarang Allah, bala ini bukan sekadar ke atas mereka yang ingkar tetapi kepada semua manusia di kawasan itu. Contohnya taufan, tsunami dan bencana alam.
Biar apa keadaan atau kesusahan sekalipun seseorang Islam itu tidak boleh menjadikannya alasan untuk menghalalkan apa yang diharamkan Allah. Faktor seperti kemiskinan, desakan hidup, terpaksa dan naluri semula jadi, itu semua tidak boleh dijadikan alasan.
Saya pernah terserempak dengan makhluk ini. Dalam komuter bersesak-sesak macam belangkas. Saya bertekad kalau dalam masa 5 minit lagi mereka masih berpeluk berbisik meroyan depan saya, saya akan tegur. Nasib baik sampai saja stesen seterusnya, mereka turun.
No comments:
Post a Comment