Suatu hari dia mendatangiku dengan kelam menyelaputi wajahnya yang tenang itu. Sungguh aku berdebar melihat wajahnya begitu. Seperti ada sesuatu yang berat ditanggung olehnya. Aku beriringan dengannya ke belakang sekolah,tempat kami biasa berbicara.
Sekilas,aku memandang wajahnya,aku terlihat kilatan air jernih itu di tubir mata, Kenapa? Hanya itu yang bermain difikiranku. Kenapa sahabatku ini menitiskan air mata. Setelah aku mendesak berulang kali,akhirnya dia mengakui..dia tertekan dengan kehidupan ini. Dia menceritakan mengenai keluarganya yang berantakan. Ayahnya yang menghilangkan diri. Ibunya yang menyalahkan dirinya atas segalanya. Dan keluarga yang tidak lagi menghargai dirinya. Baginya semua orang boleh menghinanya tetapi dia tidak dapat menerima bila ibunya sendiri tidak dapat menerima dirinya. Kenapa? Dia merintih dan aku terasa kepedihan itu. Kenapa tidak dia mati sebelum dia dilahirkan oleh ibunya. Kenapa tidak dia mati sebelum besar unutuk terpaksa mendengar penghinaan dari ibunya sendiri. Aku tersedu,perlahan kuseka air mata yang hampir mengalir di mataku. Aku melihat dia,sahabatku yang kini tanpa segan silu meratapi nasibnya dihadapanku.
Kini dia merasa ingin mati. Benar-benar ingin mati. Kalau dulu dia masih boleh bertahan,tapi kini dia tak dapat lagi menahan perasaan itu. Dan aku? Hanya menjadi pendengar setia,aku tak mampu untuk menasihatinya,adakah dengan perkataan sabar akan melupakan niatnya untuk mati? Sungguh aku tak tahu. Saat dirinya melepas lelah setelah penat berbicara,aku hanya mampu menggenggam tangannya dan berkata,”Tunggu aku esok,disini,” dan setelah itu aku melihat dia melangkah pergi.
Sungguh malam itu aku tak lena tidur,aku berpusing ke kanan,berpusing ke kiri. Aku tak mampu untuk melenakan diri,sedang temanku di seberang sana sedang menyiapkan diri untuk mati. Aku bangun,aku tak tahu apa yang mendorong aku,mencapai selembar kertas dan sebatang pen,dan sebagai tajuknya,kutuliskan; Kenapa Azlan tak patut mati
Benar,aku tak tahu kenapa tanganku tak berhenti mencoret,menulis sebab-sebab kenapa Azlan tak patut mengharap untuk mati. Tanpa sedar sudah 70 alasan yang aku kemukakan.
Pada 5 alasan terakhir yang aku berikan merupakan alasan yang paling aku ingat sehingga kini;
71. Kau berjanji padaku,kita akan sama-sama ke universiti
72. Kau berjanji padaku,kau akan bawa kau ke pergunungan Alps dan kita akan bermain ski bersama-sama
73. Kau berjanji akan sentiasa denganku saat tawa dan tangisku
74. Kau menjanjikan bahumu jika aku penat dengan dunia
75.Kau berjanji padaku ,kau akan hidup kerana dirimu,bukan kerana orang lain
Lantas setelah usai menulis,aku melipat kertas itu dan memasukkanya ke dalam envelope.
Esoknya,dia menunaikan janji kami,menunggu ditempat kami biasa bertemu. Lantas ku unjukkan sampul surat itu,dia mengambil tanpa melihat isinya dan terus berlalu tanpa kata. Sungguh aku terluka saat itu. Terluka dengan perlakuannya,terluka kerana melihat matanya yang tak secemerlang dulu. Sungguh tuhan ,hatiku luluh bila melihat dirinya sebegitu.
Sejak hari itu,aku tidak lagi bertemu dengannya. Tidak sempat untuk melambai tangan tanda ucapan selamat tinggal,sungguh aku terkilan. Aku mendengar khabar angin yang dia ke Utara untuk tinggal dengan atuk dan neneknya. Namun semua itu tak dapat disahkan. Dan aku,terus merinduinya sebagai seorang sahabat.
10 tahun berlalu,dan masing-masing sudah banyak berubah. Dan aku,sebagai seorang motivator yang sukses,aku sentiasa sibuk dengan kerja-kerja konsultansi dan seminar-seminar di merata tempat. Hari itu,aku baru sahaja pulang dari sebuah sekolah yang menjemput aku untuk memberikan moticvasi kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Setibanya aku di pejabat,aku diberitahu oleh setiausahaku yang manis bahawa ada seseorang yang menungguku di dalam pejabat. Hatiku tertanya,siapa yang ingin menjumpaiku. Sungguh aku tak tahu.
Berdebar hatiku,kenapa? Aku membuka pintu pejabatku,dan melihat tampang seorang jejaka tinggi lampai dihadapanku,segak berkemeja jalur dan berseluar slack. Siapakah lelaki ini? Seperti pernah kulihat. Aku hanya berlagak biasa,memberikan salam lantas menjemput dia duduk. Dia duduk sambil tersenyum.
Dia berkata;
“Kau tak mengenali diriku Tikah?” aku hanya mengerutkan dahi.
“Kau memang tak pernah berubah,sentiasa mengerutkan dahimu jika berfikir,”
“Benar saudara,saya tak mengenali saudara,” tulus aku menjawab soalannya
Dia tersenyum,dan senyuman senget itu mengingatkan aku pada dia, “Ini aku Tikah,aku Azlan,”
Ya tuhan,sungguh,jika aku tak tahu malu,aku ingin memeluk batang tubuh itu,betapa aku merindui dirinya,betapa aku bersyukur dia masih ada.
Dia mengeluarkan sebuah sampul surat,sampul surat itu sudah nampak agak berusia. Dia mengeluarkan kertas itu dan membukanya. Dia membacakan setiap kata-kata yang tertulis di atas ketas itu. Dan aku,hampir aku menitiskan air mata,terharu,sungguh aku terharu.
“Tikah,jika bukan kerana tulisan ini,pasti Lan takde lagi di dunia ni,mungkin Lan dah pergi dalam kekufuran. Terima kasih tikah kerana mngambil berat saat Lan tersesat. Maafkan lan kerana pergi tergesa-gesa tanpa sempat kita mengucapkan selamat tinggal. Maafkan lan,”
Aku hanya mengangguk dan dia mencapai tanganku, “Tikah,sudikah Tikah menjadi isteri Lan,menjadi bahu kepada lan berkongsi segala suka dan duka” Aku tak mampu berkata-kata,hanya mengangguk tanda setuju. Tak kusangka,perpisahan yang lama membuahkan pertemuan yang seistimewa ini.